Dikala ekonomi dunia menghadapi krisis dan setiap sen adalah berharga, rakyat Malaysia terus dihantui dengan keadaan di mana perbelanjaan melebihi pendapatan. Untuk memastikan keadaan ini tidak berlaku, mereka perlulah menguruskan perbelanjan dengan berhemah dengan membahagikan pendapatan mereka seperti berikut
1-Simpanan
2-Derma
3-Perbelanjaan
Ini untuk memastikan setiap sen yang diterima diletakkan di tempat yang sewajarnya dan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan..
Rakyat Malaysia juga selalu dibebani hutang yang membuatkan mereka berasa tertekan dan kadangkala hilang rasa pertimbangan dan rasa kemanusiaan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja yang termampu asalkan dapat melunaskan hutang yang membebankan. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. Jadi,pastikan hutang anda tidak melebihi 30% daripada pendapatan untuk mengelakkan bebanan di masa hadapan..

No comments:
Post a Comment